Monday, January 24, 2011

Batuk Berkahak

Sumber Oleh : Rawatan Alternatif Mahsuri

Dalam aspek ini banyak sudut boleh dikaitkan dengan batuk berkahak terutamanya dibahagian sistem saraf tiroid.Bahagian-bahagian saraf tiroid merangkumi sistem pernafasan,apabila sistem pernafasan terganggu ia mudah di jangkiti kuman yang boleh mendatang lendir.Sistem pernafasan pula melibatkan ronga-ronga badan seperti
-Hidung
-Mulut
-Telinga

Di bahagian inilah permulaannya batuk berkahak berlaku kerana ia adalah rongga yang mengambil oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida.Tetapi sekiranya sistem ini terganggu ia akan memudaratkan pernafasan manusia sehingga lendiran yang dipanggil kahak akan bertempelan diliang-liang paru-paru.Di bahagiaan paru-paru pula adalah bahagian terpenting dalam pernafasan manusia.Di peringkat awal yang boleh di kenal pasti ketika anda mengalami
- gatal di bahagiaan tekak
- demam panas
-alergi yang tidak terkawal
- Selsema
- Batuk yang berleluasa

Inilah faktor utamanya yang akan memudahkan kuman menyerang tubuh bertambah lagi sistem imune tidak stabil dan anti bodi terganggu disebabkan kuman yang terlalu banyak.Ini semua terjadi diatas pengambilan makanan yang tidak seimbang sehingga mengganggu sistem tiroid yang pada mulanya hanya batuk kecil.Ia juga bersangkut paut dengan seseorang yang mempunyai penyakit alahan iaitu yang terlalu sensitif dengan keadaan sekeliling terutamanya pada suhu dan cuaca.Seseorang yang mengalami masalah alahan didalam sistem badannya terkandung lebihan lendiran disebabkan oleh pengawasan sistem yang lemah.

Monday, January 17, 2011

Cara Mengatasi Anaemia

Sumber Oleh : Rawatan Alternatif Mahsuri

Anaemia adalah sejenis penyakit yang boleh dikategorikan kurang darah didalam sistem badan.Kebiasaan orang yang menghidapi anaemia sentiasa dalam keadaan yang kurang stabil.Ini kerana metabolismenya tidak sampai ke tahap yang normal disebabkan circulation darah ke saraf otak lambat dan akan melemahkan antibodi badan.Seseorang yang menghidap anaemia biasanya akan sentiasa mengalami
- Pening
- Pitam
- Lemah otot
- Cepat Penat

Anaemia berkait rapat dengan sistem peredaran darah dan boleh membuatkan seseorang hilang kawalan untuk menyeimbangkan sistem badan sendiri.Seseorang yang mengalami anaemia juga sering kelihatan pucat kerana oksigen tidak dapat berfungsi dengan sempurna untuk sampai ke otak.Banyak yang boleh disangkut pautkan dengan anaemia dan kalau tidak diberi perhatian ia akan membawa bahaya pada seseorang.

Saturday, January 8, 2011

Rawatan Meroyan

Sumber Oleh : Rawatan Alternatif Mahsuri

Meroyan adalah sejenis penyakit yang hampir bersangkut paut dengan daya ingatan.Ia boleh mempengaruhi keadaan seseorang sehingga boleh membuatkan hilang kawalan diri.kebiasaannya ia mudah dialami oleh wanita yang baru menjalani proses bersalin.Pada peringkat awal berkemungkinan seseorang itu mengalami masalah ketika diawal bersalin dan berlarutan sehingga tidak dapat dibendung lagi.

Ada sesetengah mengatakan penyakit ini tidak boleh dirawat kerana ia makan dalam pada seseorang.Pada apa yang kami kaji pula ia boleh dirawat apabila seseorang itu masih mengingati identitinya dan faktor yang menyebabkan keadaan itu terjadi.Ini kerana pesakit itu masih diperingkat awal dan boleh disembuhkan dengan secara teratur dan selagi di izinkan ALLAH.
Meroyan juga akan membuatkan seseorang itu
- Cepat Marah
- Suka menyendiri
- Menangis yang tiada kawalan
- Membahayakan diri sendiri

Kata orang tua-tua pula bagi orang yang baru lepas bersalin haruslah sentiasa ceria dan tenang kerana dengan ini dapat seseorang itu mengawal keadaan dari terjadinya perkara yang tidak diigini seperti meroyan.Meroyan sememangnya amat digeruni oleh setiap wanita yang terutamanya lepas bersalin.Ia menyerang terus ke saraf otak yang bergabung dengan emosi kerana ia di kategorikan angin meroyan yang hanya ada rasa tetapi tiada rupa.

Wednesday, January 5, 2011

Sakit Kepala

Sumbert Oleh : Rawatan Alternatif Mahsuri

Merupakan satu bebanan yang berat bila seseorang mengalami masalah ini kerana ia menganggu sistem pemikiran dan penyeimbangan diri.Ini semuanya berpunca dari banyak kemungkinan dan sebahagiannya
- Tekanan yang berat
- Tidur yang kurang dari 8jam
- Tidur pada waktu yang bertentangan ( lebihkan pagi dari malam )
- Melengahkan waktu makan

Yang diatas mungkin sebahagian yang di kategorikan namun hakikatnya sekiranya terlebih tidur juga boleh membawa kesan pada bahagian kepala.Di bahagian kepala mengandungi saraf yang penting seperti saraf otak yang berfungsi untuk melaraskan dan mewaraskan setiap tindak tandukl manusia seharian dan otak jugalah banyak digunakan setiap saat kehidupan manusia.

Oleh itu pemikiran juga perlukan berehat untuk mendapatkan ketenangan dalam semua aspek terutamanya dari sudut kehidupan.Sakit kepala sememangnya amat bersangkut paut dengan sistem pemikiran dan puncanya juga dari tugasan yang banyak menggunakannya.Bukan itu sahaja sakit kepala juga boleh terjadi sekira seseorang yang mengalami masalah mata dengan membaca di suasana gelap sehingga menjadi beban di pemikiran.