Thursday, March 3, 2011

Anak Degil-Bagaimana Ingin Menanganinya?

Sumber : Rawatan Alternatif Mahsuri

Cara mengatasi anak degil mudah sahaja cuma ingin melakukannya atau tidak.Hakikatnya semua manusia di muka bumi ini memerlukan perhatian zahir dan batin.Sekirannya kita lapar adakah cukup hanya dengan meminum air kosong sahaja itu tidak mungkin bukan begitu jugalah soal perasaan.

Permulaannya memang nampak geram bila melihat teletah seorang anak yang tidak mahu mendengar kata dan suka memprotes.Bila berada disituasi begini sebagai orang tua tidak perlu cepat melatah sehingga sanggup memukul mereka dengan kejam sehingga dendam anak kepada orang tuanya bertambah mendalam.

Dizaman yang moden ini memang tidak dinafikan bahawa kehidupan akan terhimpit sekiranya ibu tidak membantu mencari nafkah bersama tetapi jangan terlalu lalai dan leka sehingga mengabaikan anak yang berada di rumah tanpa perasan samada mereka berlapar atau pun tidak sihat.Mereka yang bernama anak semuanya memerlukan perhatian dan ketika kita berada didalam situasi mereka juga kita inginkan benda yang sama iaitu kasih sayang.