Thursday, February 17, 2011

Rawatan Dan Cara Mengatasi Stroke

Sumber Oleh : Rawatan Alternatif Mahsuri

Penyakit Stroke merupakan salah satu penyakit yang berpunca dari tekanan yang tidak terkawal.Punca Stroke boleh terjadi disebabkan oleh sesuatu regangan saraf yang disebabkan peredaran darah yang tidak lancar.Ia merupakan penyakit yang amat merbahaya pada sistem saraf yang boleh membuatkan seseorang tidak boleh bergerak dengan sepenuhnya.Bila berlakunya strok sistem peredaran darah akan bergerak terlalu lambat dan tidak seaktif seperti biasa ini kerana sel darah yang tidak boleh berkerja dengan keras tanpa bantuan saraf tertentu didalam badan.Stroke mudah menyerang apabila seseorang yang menghidapi
- tekanan darah tinggi
- Sakit sendi
- Lemah badan
- sakit Jantung
- Stress
- Kencing manis

Penyakit stroke ini sangat bersangkut paut dengan sistem saraf dan sel darah.Ia juga merangkumi bahagian otak iaitu sistem metabolisme manusia.Kebiasaannya bila seseorang diserang penyakit stroke apabila emosinya tidak dapat dikawal oleh minda dan sistem arteri pula hilang kawalan untuk melancarkan peredaran darah.Sakit Stroke juga mudah menyerang bagi wanita yang sedang hamil ini mungkin kerana hormon yang tidak terkawal atau yang sering mengalami tekanan.Serangan Stroke akan datang mendadak tanpa pengetahuan manusia terutamanya pada seseorang yang menghidapi penyakit darah tinggi yang terjatuh sehingga menyebabkan terhentak dibahagian yang tertentu.