Thursday, August 25, 2011

Merawat Buasir

Apabila anda bergelut dengan keadaan seperti masalah lemah kawalan kencing dan pembuangan najis , perkara yang terakhir bahawa kebanyakan orang akan berdepan dengan buasir. Buasir, tentu saja, urat bengkak, membesar dan biasanya gatal yang kerap terjadi di sekeliling rektum dan dubur. Mereka boleh berlaku di dalam atau di luar, dalam mana-mana kes, keadaan yang tidak menyenangkan dan kadang-kadang sangat menyakitkan. Mujurlah, terdapat beberapa pilihan yang berbeza untuk merawat buasir; belajar tentang beberapa perkara di bawah ini.

Perubahan diet -

Kadang-kadang, pemakanan yang tidak sihat menyebabkan anda dengan tarikan berlebihan apabila mempunyai pergerakan usus yang tidak seimbang. Bahawa usaha tambahan boleh digalakkan kepada merawat buasir agar tidak terjadi. Pastikan bahawa anda mendapatkan serat yang mencukupi dalam diet anda, jika anda tidak berusaha untuk makan makanan yang kaya dengan serat. Kadang-kadang, perubahan ini mudah boleh membantu menghapuskan buasir sama sekali.

Berat Badan -

Jika anda lihat di sekeliling banyak orang mempunyai berat badan yang berlebihan, ia boleh meletakkan tarikan tambahan pada urat-urat halus di dalam dan sekitar rektum dan dubur. Letakkan diri anda pada regimen berat badan, kehilangan berat badan yang kecil sekalipun boleh membuat perbezaan yang dramatik. Ini juga cara yang baik untuk menghindari kes-kes pada masa hadapan daripada buasir.


Friday, August 5, 2011

Penyakit Kuning@Jaundis

Jaundis, dikenali sebagai penyakit kuning, merupakan salah satu komplikasi kesihatan yang amat besar. Kematian telah dilaporkan disebabkan penyakit kuning. Anda perlu mengambil penjagaan yang baik daripada orang yang menderita dengan Diabetes jika tidak ia boleh membawa kepada komplikasi kesihatan yang serius. Pada dasarnya penyakit kuning bermaksud pencemaran kekuningan kulit.

Malah, mata, kuku, dan lidah akan mendapatkan tinta kekuningan. Kuning ini adalah diperhatikan kerana jumlah yang hadir bilirubin dalam darah yang berlebihan. Ia adalah fungsi hati untuk mengeluarkan amaun yang berlebihan bilirubin dari darah.Kandungan bilirubin dalam darah meningkat kerana berfungsi hati. Jika jaundis tidak dirawat pada peringkat awal, maka ia boleh mengakibatkan komplikasi kesihatan yang serius.


Gejala utama penyakit kuning, kuning kulit, mata, kuku, lidah, dan kepala. Air kencing berwarna kuning gelap diperhatikan sebagai gejala yang amat penting. Ia adalah melalui ujian air kencing yang berlakunya jaundis disahkan. Malah kuning najis yang tercatat sebagai gejala jaundis. Sesetengah orang juga boleh notis itu kuning kulit. Demam cahaya sedang diperhatikan dalam beberapa kes jaundis. Satu hal yang memberi jaminan bahawa kelemahan dirasai sebagai gejala wajib jaundis. Hilang selera makan, sakit perut, sakit kepala, bengkak kaki, dan perubahan dalam nada otot jarang diperhatikan gejala jaundis.Beberapa gejala-gejala lain daripada yang disebut di sini juga boleh berlaku. Kehilangan berat badan diperhatikan dengan ketara sebagai tanda-tanda jaundis. Sila rujuk kepada doktor jika ada tanda mana-mana gejala-gejala ini disebabkan oleh penyakit kuning.

Jaundis adalah salah satu penyakit di seluruh dunia yang paling luas diperhatikan. Tujuh daripada setiap 10 orang mengalami penyakit kuning. Jaundis adalah dibezakan kepada 2 jenis, Jaundis yang baru lahir dan Jaundis patologis. Dengan penyakit kuning yang baru lahir, bayi kecil yang baru lahir mengalami penyakit kuning. Jaundis patologis berlaku disebabkan oleh hepatitis, sirosis, sindrom genetik, penyakit hati, penyakit hati, ubat, jangkitan, dan ketidakserasian darah. Jaundis yang paling sering diperhatikan adalah jaundis patologis. Jika penyakit kuning yang disimpan tidak dirawat, maka ia membawa kepada komplikasi kesihatan yang berbahaya.

Saturday, June 11, 2011

Sakit Sendi

Sumber Oleh : Rawatan Alternatif Mahsuri

Dalam sebahagian besar ramai yang mengalami masalah sendi.Ini kerana penyakit sendi terjadi semua pada lapisan umur.Sendi-sendi manusia terdiri di tulang belakang dan bahagian lain tubuh badan seperti:-
-Siku
-Pergelangan tangan
-Punggung
-Lutut
-Buku Lali
-Sendi Jari
-Sendi Kaki

Dalam setiap pengerakkan manusia memerlukan sendi yang sihat agar pengerakkan seharian berjalan dengan lancar.Tanpa sendi kita tidak mungkin boleh menjalankan kehidupan seharian dengan sempurna seperti menggerakkan:
- Kaki,tangan
- leher
- Membongkokkan badan
- Membuka mulut untuk makan

Di sini kita boleh tahu bahawa peranan sendi itu amat penting dalam sistem pengerakkan badan kita.Ini kerana sendi terbentuk apabila dua atau lebih tulang bertemu dan ianya berfungsi melicinkan pengerakkan.Tulang rangka juga berfungsi untuk menyokong tisu lembut dan melindungi organ dalam serta memberi kestabilam kepada badan secara menyeluruh.Apabila penggunaan sepanjang masa akan menyebabkan tulang sendi haus dalam peningkatan usia.

Thursday, March 3, 2011

Anak Degil-Bagaimana Ingin Menanganinya?

Sumber : Rawatan Alternatif Mahsuri

Cara mengatasi anak degil mudah sahaja cuma ingin melakukannya atau tidak.Hakikatnya semua manusia di muka bumi ini memerlukan perhatian zahir dan batin.Sekirannya kita lapar adakah cukup hanya dengan meminum air kosong sahaja itu tidak mungkin bukan begitu jugalah soal perasaan.

Permulaannya memang nampak geram bila melihat teletah seorang anak yang tidak mahu mendengar kata dan suka memprotes.Bila berada disituasi begini sebagai orang tua tidak perlu cepat melatah sehingga sanggup memukul mereka dengan kejam sehingga dendam anak kepada orang tuanya bertambah mendalam.

Dizaman yang moden ini memang tidak dinafikan bahawa kehidupan akan terhimpit sekiranya ibu tidak membantu mencari nafkah bersama tetapi jangan terlalu lalai dan leka sehingga mengabaikan anak yang berada di rumah tanpa perasan samada mereka berlapar atau pun tidak sihat.Mereka yang bernama anak semuanya memerlukan perhatian dan ketika kita berada didalam situasi mereka juga kita inginkan benda yang sama iaitu kasih sayang.

Thursday, February 17, 2011

Rawatan Dan Cara Mengatasi Stroke

Sumber Oleh : Rawatan Alternatif Mahsuri

Penyakit Stroke merupakan salah satu penyakit yang berpunca dari tekanan yang tidak terkawal.Punca Stroke boleh terjadi disebabkan oleh sesuatu regangan saraf yang disebabkan peredaran darah yang tidak lancar.Ia merupakan penyakit yang amat merbahaya pada sistem saraf yang boleh membuatkan seseorang tidak boleh bergerak dengan sepenuhnya.Bila berlakunya strok sistem peredaran darah akan bergerak terlalu lambat dan tidak seaktif seperti biasa ini kerana sel darah yang tidak boleh berkerja dengan keras tanpa bantuan saraf tertentu didalam badan.Stroke mudah menyerang apabila seseorang yang menghidapi
- tekanan darah tinggi
- Sakit sendi
- Lemah badan
- sakit Jantung
- Stress
- Kencing manis

Penyakit stroke ini sangat bersangkut paut dengan sistem saraf dan sel darah.Ia juga merangkumi bahagian otak iaitu sistem metabolisme manusia.Kebiasaannya bila seseorang diserang penyakit stroke apabila emosinya tidak dapat dikawal oleh minda dan sistem arteri pula hilang kawalan untuk melancarkan peredaran darah.Sakit Stroke juga mudah menyerang bagi wanita yang sedang hamil ini mungkin kerana hormon yang tidak terkawal atau yang sering mengalami tekanan.Serangan Stroke akan datang mendadak tanpa pengetahuan manusia terutamanya pada seseorang yang menghidapi penyakit darah tinggi yang terjatuh sehingga menyebabkan terhentak dibahagian yang tertentu.

Monday, January 24, 2011

Batuk Berkahak

Sumber Oleh : Rawatan Alternatif Mahsuri

Dalam aspek ini banyak sudut boleh dikaitkan dengan batuk berkahak terutamanya dibahagian sistem saraf tiroid.Bahagian-bahagian saraf tiroid merangkumi sistem pernafasan,apabila sistem pernafasan terganggu ia mudah di jangkiti kuman yang boleh mendatang lendir.Sistem pernafasan pula melibatkan ronga-ronga badan seperti
-Hidung
-Mulut
-Telinga

Di bahagian inilah permulaannya batuk berkahak berlaku kerana ia adalah rongga yang mengambil oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida.Tetapi sekiranya sistem ini terganggu ia akan memudaratkan pernafasan manusia sehingga lendiran yang dipanggil kahak akan bertempelan diliang-liang paru-paru.Di bahagiaan paru-paru pula adalah bahagian terpenting dalam pernafasan manusia.Di peringkat awal yang boleh di kenal pasti ketika anda mengalami
- gatal di bahagiaan tekak
- demam panas
-alergi yang tidak terkawal
- Selsema
- Batuk yang berleluasa

Inilah faktor utamanya yang akan memudahkan kuman menyerang tubuh bertambah lagi sistem imune tidak stabil dan anti bodi terganggu disebabkan kuman yang terlalu banyak.Ini semua terjadi diatas pengambilan makanan yang tidak seimbang sehingga mengganggu sistem tiroid yang pada mulanya hanya batuk kecil.Ia juga bersangkut paut dengan seseorang yang mempunyai penyakit alahan iaitu yang terlalu sensitif dengan keadaan sekeliling terutamanya pada suhu dan cuaca.Seseorang yang mengalami masalah alahan didalam sistem badannya terkandung lebihan lendiran disebabkan oleh pengawasan sistem yang lemah.

Monday, January 17, 2011

Cara Mengatasi Anaemia

Sumber Oleh : Rawatan Alternatif Mahsuri

Anaemia adalah sejenis penyakit yang boleh dikategorikan kurang darah didalam sistem badan.Kebiasaan orang yang menghidapi anaemia sentiasa dalam keadaan yang kurang stabil.Ini kerana metabolismenya tidak sampai ke tahap yang normal disebabkan circulation darah ke saraf otak lambat dan akan melemahkan antibodi badan.Seseorang yang menghidap anaemia biasanya akan sentiasa mengalami
- Pening
- Pitam
- Lemah otot
- Cepat Penat

Anaemia berkait rapat dengan sistem peredaran darah dan boleh membuatkan seseorang hilang kawalan untuk menyeimbangkan sistem badan sendiri.Seseorang yang mengalami anaemia juga sering kelihatan pucat kerana oksigen tidak dapat berfungsi dengan sempurna untuk sampai ke otak.Banyak yang boleh disangkut pautkan dengan anaemia dan kalau tidak diberi perhatian ia akan membawa bahaya pada seseorang.

Saturday, January 8, 2011

Rawatan Meroyan

Sumber Oleh : Rawatan Alternatif Mahsuri

Meroyan adalah sejenis penyakit yang hampir bersangkut paut dengan daya ingatan.Ia boleh mempengaruhi keadaan seseorang sehingga boleh membuatkan hilang kawalan diri.kebiasaannya ia mudah dialami oleh wanita yang baru menjalani proses bersalin.Pada peringkat awal berkemungkinan seseorang itu mengalami masalah ketika diawal bersalin dan berlarutan sehingga tidak dapat dibendung lagi.

Ada sesetengah mengatakan penyakit ini tidak boleh dirawat kerana ia makan dalam pada seseorang.Pada apa yang kami kaji pula ia boleh dirawat apabila seseorang itu masih mengingati identitinya dan faktor yang menyebabkan keadaan itu terjadi.Ini kerana pesakit itu masih diperingkat awal dan boleh disembuhkan dengan secara teratur dan selagi di izinkan ALLAH.
Meroyan juga akan membuatkan seseorang itu
- Cepat Marah
- Suka menyendiri
- Menangis yang tiada kawalan
- Membahayakan diri sendiri

Kata orang tua-tua pula bagi orang yang baru lepas bersalin haruslah sentiasa ceria dan tenang kerana dengan ini dapat seseorang itu mengawal keadaan dari terjadinya perkara yang tidak diigini seperti meroyan.Meroyan sememangnya amat digeruni oleh setiap wanita yang terutamanya lepas bersalin.Ia menyerang terus ke saraf otak yang bergabung dengan emosi kerana ia di kategorikan angin meroyan yang hanya ada rasa tetapi tiada rupa.

Wednesday, January 5, 2011

Sakit Kepala

Sumbert Oleh : Rawatan Alternatif Mahsuri

Merupakan satu bebanan yang berat bila seseorang mengalami masalah ini kerana ia menganggu sistem pemikiran dan penyeimbangan diri.Ini semuanya berpunca dari banyak kemungkinan dan sebahagiannya
- Tekanan yang berat
- Tidur yang kurang dari 8jam
- Tidur pada waktu yang bertentangan ( lebihkan pagi dari malam )
- Melengahkan waktu makan

Yang diatas mungkin sebahagian yang di kategorikan namun hakikatnya sekiranya terlebih tidur juga boleh membawa kesan pada bahagian kepala.Di bahagian kepala mengandungi saraf yang penting seperti saraf otak yang berfungsi untuk melaraskan dan mewaraskan setiap tindak tandukl manusia seharian dan otak jugalah banyak digunakan setiap saat kehidupan manusia.

Oleh itu pemikiran juga perlukan berehat untuk mendapatkan ketenangan dalam semua aspek terutamanya dari sudut kehidupan.Sakit kepala sememangnya amat bersangkut paut dengan sistem pemikiran dan puncanya juga dari tugasan yang banyak menggunakannya.Bukan itu sahaja sakit kepala juga boleh terjadi sekira seseorang yang mengalami masalah mata dengan membaca di suasana gelap sehingga menjadi beban di pemikiran.