Friday, December 31, 2010

Dendam

Sumber Oleh : Rawatan Alternatif Mahsuri

Dendam adalah salah satu sifat yang pada mulanya hanya ketidak puasan pada apa yang berlaku keatas diri seseorang.Individu yang mempunyai sifat dendam kebiasannya ia tidak dapat melupakan kisah silamnya mungkin padanya terlalu perit ditanggungi.Sifat ini pada mulanya ia terjadi apabila tidak dapat memaafkan dan meredhakan keadaan disekeliling dan hanya melayan emosi geram tanpa pedulikan akibatnya dan terus disimpan didalam kotak perasaan sehingga menjadi bara.

Mungkin sesetengah mengatakan memang mudah untuk melafazkan maaf tapi yang menaggung ini tiada siapa yang tahu.Memang benar apa yang dikatakan namun berfikirlah bahawa siapa kita pulak disisi ALLAH,kalau ingin di nilaikan kita dengan kebesaran ALLAH kita tiada kuasa untuk menghukum seseorang kerana apa yang kita lakukan mungkin akan menambahkan dosa kepada ilahi.Dendam adalah salah satu sifat yang di murkai oleh ALLAH dan kerana dendamlah Nabi Adam dan Hawa diletakkan ke dunia.

Dengan teladan sebegini masih ada yang kurang faham dan ingin melayan kerenah tanpa berusaha untuk melupakan simbol dendam yang utama.Tidak semestinya apa yang berlaku pada seseorang akan berlaku pada yang lain kerana kita manusia tidak berhak untuk melawan kekuasaan ALLAH.Sejauh mana ingin kita mengawal keadaan disekeliling hanya kerana ketakutan yang menghantui bayang-bayang sendiri sehingga menjadi bara dendam kemarahan di suatu ketika dahulu mungkin sudah lapuk di pemikiran namun masih ada yang ingin mengungkaikan.Fahamilah musuh islam sentiasa ingin mencuba untuk menambahkan lagi bahana dendam itu agar kita terjerumus bersama dendamnya kepada anak nabi adam.

Monday, December 27, 2010

Tekanan Hidup

Oleh : Rawatan Alternatif Mahsuri

Di dalam sesebuah kemodenan memang tidak dinafikan bahawa ada yang perit perlu dilalui dalam kehidupan terutamanya ingin melayari keperluan dan memenuhi kehendak.Adakalanya dengan sibuk mengejar kesibukan dan berpusu-pusu mencari nafkah ada yang terleka tentang minda dan emosi.Walaupun kehidupan semudah dihujung jari hanya klik dan swipe untuk menjalankan traksaksi komitmen tetapi masih ada yang tertekan kerana kecuaian dalam menyelesaikannya ketika ada.Apabila jiwa semakin terganggu ia akan mempengaruhi semua sudut dan tekanan hidup terus menghimpit.

Hakikatnya banyak yang boleh dikaitkan dengan tekanan hidup terutamanya tentang ekonomi yang seperti di atas paling mudah dialami oleh masyarakat kini.Banyak faktor yang boleh membuatkan seseorang tertekan tanpa ada pengawalan diri sehingga semakin hari semakin tidak ceria dan seronok.Dengan sifat tidak boleh melihat orang lain lebih dari diri sendiri itu adalah salah satu sifat yang hampir kepada tekanan kerana memaksa diri untuk mencari sumber kewangan walaupun tahu tidak berkemampuan.

Menurut kajian kami tekanan itu juga boleh wujud sekiranya kurang sokongan orang terdekat dalam usaha untuk mara ke hadapan demi mencari kejayaan.Ini mungkin berpunca dari ketidak kepercayaan seseorang hanya kerana kenangan yang mempamerkan kelemahan ketika dulu.Namun mereka tidak mengerti bahawa manusia boleh berubah dengan sekelip mata sahaja dan jika perlu kita harus menghulurkan bantuan dari sudut kemampuan walaupun hanya nasihat.keadaan ini boleh berkurangan kalau membuangkan sifat “bantah sebelum mula”.

Friday, December 17, 2010

LEMAH SYAHWAT DAN HILANG RANGSANGAN

Oleh : Rawatan Alternatif Mahsuri

Di zaman yang moden ini ramai yang faham tentang masalah ini.Masalah ini bergantung kepada jati diri individu untuk merasainya namun adakalanya tersasar juga dari pandangan.Ada juga yang mengambil keputusan untuk melakukan perkara alternatif untuk menyelamatkan keadaan yang semakin menghimpit.

Dengan pengambilan pil peransang dan krim yang semakin meluas di pasaran mungkin jalan mudah bagi sesetengah pihak tetapi hakikatnya ini semua adalah jalan yang mengundang kemudaratan pada saraf dan secara tidak sengaja ia akan mengendurkan Penis (zakar) dan merosakkan faraj serta rahim.

Penis ini sebenarnya ia akan naik dan turun dengan semulajadi kerana itu sudah ciptaannya dan tidak perlu dicemari dengan bahan kimia yang tidak tahu dari mana unsulnya.Seks yang teratur juga boleh membantu rangsangan kerana ia terjadi apabila minda bergambung bersama perasaan dan terbentuklah perasaan yang bersama dengan nafsu.Tidak dinafikan ramai yang inginkan kebahagiaan didalam rumahtangga dan takut perkara yang tidak diingini berlaku hanya disebabkan ketidak puasan pasangan sesama sendiri.

Wednesday, December 15, 2010

MURUNG

Oleh : Rawatan Alternatif Mahsuri

Sesetengah masyarakat berpandangan bahawa murung ini adalah salah satu penyakit yang berpunca dari minda.Namun pandangan ini hanya merangkumi subjektif semata-semata tetapi tanpa disedari ia berlaku disebabkan tekanan hidup yang bercampur dari aspek emosi sehingga menghimpit tanpa ada penyelesaian.Terutamanya kepada kanak-kanak yang baru menjalani proses perkembangan kehidupan terlalu mudah mendapat murung disebabkan dari pancaroba kekeluargaan yang mendidik tanpa ada merasai bahawa anak kecil juga mempunyai sifat malu ketika berada dikhalayak ramai namun mereka ditengking tanpa ada belas kasihan oleh ibubapa yang hanya ingin melepaskan tekanan sendiri.

Ibubapa juga perlu memainkan peranan yang penting kerana mereka adalah mentor kepada anak-anak yang ingin meningkat naik.Sekiranya cermin yang kabur bagaimana ingin nampak keindahan pantulannya.

Kemurungan ini pada peringkat awal boleh dilihat dari sudut kelakuan yang aneh seperti temenung ditengah kegembiraan tanpa memperdulikan orang disekeliling sehingga ditegur barulah ia sedar tindak tanduk sendiri.Emosi terpenting dalam proses kehidupan kerana ia bersebelahan dengan minda yang satu-satu organ penilaian pandangan pada seseorang.

Monday, December 6, 2010

ALAHAN

Oleh : Rawatan Alternatif Mahsuri

Alahan adalah penyakit yang berpunca dari peredaran darah yang tersumbat dari liang-liang saraf utama didalam badan.Ia boleh dikatakan berlaku akibat kecuaian seseorang mengendalikan faktor kehidupan yang terlalu terbuka tanpa berhati-hati dalam aspek kepentingan antibodi.Tanpa pengetahuan tentang aspek kesihatan ia boleh mendatangkan kemudaratan yang membahayakan di sistem-sistem penting dalam organ manusia.

Penyakit alahan ini boleh dikategorikan sebagai penyakit “Diam-diam ubi berisi” kerana sekiranya tindakan tidak diambil dengan segera ia akan memakan sel-sel baik dalam badan sehingga boleh membuatkan seseorang menghidap kanser.Selalunya penyakit yang berpunca dari alahan nampak seperti remeh di kehidupan seharian namun ia boleh membawa maut sekiranya tidak bersungguh-sungguh merawatnya.Dari apa yang di lihat alahan ini banyak mengganggu dibahagian-bahagian penting salah satunya di sistem pernafasan.Dari kajian alahan yang perlu dikawal dalam peringkat awal seperti

-Resdung
-Gout
-kulat

Saturday, December 4, 2010

TERAPI SARAF

Oleh : Rawatan Alternatif Mahsuri

Untuk pengetahuan bersama sistem saraf di badan manusia terlalu rumit dan ia meliputi seluruh badan manusia sehabis mungkin.Saraf yang telah dicipta dengan indah disetiap sistem badan manusia dan kedudukannya yang terlalu unik sehingga tidak boleh terlepas pandang keperluannya.Sistem saraf juga memainkan peranan yang penting disetiap pengerakkan manusia seperti
- Berjalan
- Bertutur
- Berfikir
- Daya Penglihatan

Di sini pihak kami ingin memperkenalkan Terapi Saraf iaitu merupakan urutan moden yang boleh terus ke sistem saraf manusia tanpa ada menggunakan minyak urut.kaedah begini lebih mudah untuk mengenalpasti bahagian saraf mana yang terganggu secara terus tanpa ada urutan yang menyakitkan.

Terapi saraf iaitu menggunakan hayunan sistem gelombang agar dapat mengesan sistem saraf yang terganggu melalui point-point yang ada di tangan dan kaki.Dengan cara begini ia juga dapat menyelinak masuk ke sistem saraf manusia yang halus.Pada mulanya pesakit akan merasakan denyutan dibahagian point tertentu apabila di sentuh oleh mains yang diawasi oleh pihak kami dan disitulah dapat mengenalpasti bahagian mana yang terganggu.